Selasa, 9 Januari 2018

PENDIDIKAN SENI

DEFINISI PENDIDIKAN SENI

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara. comel bentuk badan. Manakala seni II membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.

Antara aktiviti-aktivitinya:

1. TIUPAN



Bahan-bahan:

  • Straw
  • Kertas lukisan
  • Cat Air
Cara-caranya:
1. Letakkan sedikit cat bewarna yang dicampurkan dengan air. Pastikan cat itu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
2. Kemudian, ambilkan stram dan celupkan pada sedikit cat air tadi.
3. Tiupkan pada kertas lukisan yang disediakan.
4. Bina warna dan corak mengikut kreativiti masing-masing.

2. LIPATAN DAN GUNTINGAN



Bahan-bahan:
  • Kertas Warna
  • Kertas lukisan
  • Gunting
  • Gam
Cara-caranya:
1. Lipatkan kertas warna tersebut mengikut kreativiti tersendiri.
2. Gunting kertas yang dilipat tersebut mengikut corak yang diingini.
3. Kemudian, tampalkan hasil lipatan dan guntingan tersebut pada kertas lukisan.

3. CAPAN



Bahan-bahan:

  • Kertas lukisan
  • Cat Air
  • Bekas 
Cara-caranya:
1. Sediakan kertas lukisan.
2. Letakkan cat air di dalam bekas dan campurkan sedikit air.
3. Gunakan tapak tangan dan celupkan tapak tangan ke dalam cat air.
4. Kemudian, tekapkan tapak tangan pada kertas lukisan.

4. KOLAJ



Bahan-bahan:

  • Lukisan bergambar
  • Kertas bewarna
  • Gam
Cara-caranya:
1. Koyakkan kertas bewarna kepada cebisan-cebisam kecil.
2. Tampalkan cebisan kertas bewarna tersebut pada lukisan bergambar dengan menggunakan gam.

5. 



Bahan-bahan:
l  Pensil warna
l  Pengasah pensil
l  Kertas lukisan bergambar

Cara-caranya:
1. Guru meminta kanak-kanak berkumpul di ruang seni.
2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
3. Guru mengedarkan kertas lukisan bergambar kepada kanak-kanak sehelai setiap seorang.
4. Guru meminta kanak-kanak mewarna gambar yang telah disediakan pada kertas dengan menggunakan pensil warna.
5. Kanak-kanak dikehendaki mewarna lukisan tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUJUKAN

1.  https://www.google.com/search?biw=1366&bih=662&tbm=isch&sa=1&ei=gH7lWtHxBoPcvQShq67QAQ&q=lembaran+kerja&oq=lemba...