Selasa, 23 Januari 2018

PENGENALAN








PENDAHULUAN
Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ICT semakin meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ICT boleh membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana ICT juga boleh membawa keburukan kepada mereka.



PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK

            Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
   
            Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.


KENAPA PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ?

Pendekatan ini digunakan untuk:
1.     Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
2.     Memperolehi maklumat.
3.     Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya.
4.     Memperkayakan pengalaman pembelajaran.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUJUKAN

1.  https://www.google.com/search?biw=1366&bih=662&tbm=isch&sa=1&ei=gH7lWtHxBoPcvQShq67QAQ&q=lembaran+kerja&oq=lemba...