Rabu, 7 Mac 2018

BAHASA MELAYU

DEFINISI BAHASA MELAYU

Bahasa melayu secara khususnya ialah salah satu dialek daripada beratus dialek yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman.

Antara aktiviti-aktivtinya:

1. MENGENAL HAIWAN




Bahan-bahan:
l  Laptop
l  LCD
l  Kad bergambar
l  Kad perkataan

Cara-caranya:
1. Guru menayangkan slide power point memperkenalkan nama-nama haiwan beserta gambar kepada kanak-kanak.
2. Guru menunjukkan kad bergambar haiwan dan meminta kanak-kanak menyebut nama haiwan tersebut.
3. Selepas itu, guru juga menunjukkan kad perkataan dan meminta murid mengeja suku kata tersebut untuk menjadikan satu perkataan.
4. Guru melekatkan kad perkataan pada papan putih dan murid dikehendaki memilih kad bergambar haiwan yang betul lalu dipadankan dengan perkataan.
5. Ulang aktiviti tersebut beberapa kali dengan menggunakan kad perkataan dan kad gambar yang berlainan.

2. MENGENAL ANGGOTA BADAN




Bahan-bahan:
l  Kad suku kata
l  Kad perkataan
l  Kad bergambar anggota badan
l  Video
l  LCD

Cara-caranya:
1. Guru menayangkan video anggota badan kepada kanak-kanak.
2. Guru menunjukkan kad-kad bergambar mengenai bahagian-bahagian anggota badan seperti bahu, mata, dagu, dahi
3. Murid diminta menamakan bahagian anggota badan.
4. Seterusnya, guru menunjukkan pula kad-kad suku kata berkaitan anggota badan. Contohnya: Ba hu, ma ta da gu, da hi
5. Kanak-kanak mengeja dan membunyikan suku kata- suku kata tersebut.
6. Guru membimbing kanak-kanak untuk mencantumkan suku kata untuk dijadikan satu perkataan.
7. Guru meminta kanak-kanak memadankan suku kata yang dijadikan satu perkataan pada gambar yang telah disediakan.

3. MARI MENGENAL ABC



Bahan-bahan:
  •  Lcd
  • Komputer riba
  • Kad huruf (ABC)
  • Kad bergambar (ayam,beca,cawan)
  • Lembaran kerja
  • Pemadam
  • Pensel

Cara-caranya:
1. Guru menayang video “ABC” kepada murid-murid dan  meminta murid menyanyi bersama-sama.
2.  Guru bersoal jawab dengan murid tentang huruf yang terdapat dalam video tersebut
3. Guru mengeluarkan kad huruf dan menunjukkan kepada murid-murid.
4. Guru membimbing murid-murid untuk menyebut huruf tersebut.
5. Guru juga menunjukkan kad gambar. Murid-murid melihat kad gambar yang ditunjukkan oleh guru.
6. Guru memanggil murid secara rawak dan menunjukkan kad huruf. Murid tersebut mestilah menunjukkan kad gambar yang bagi mewakili huruf tersebut: A= AYAM  B= BECA   C= CAWAN
7. Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid-murid. Murid-murid menerima lembaran kerja yang diberi guru.

4. SUKU KATA TERBUKA


Bahan-bahan:
  • Lcd
  •  Komputer riba
  • Kad huruf konsonan (B,C)
  • Kad huruf vocal (A)
  •  Kotak beracun
  • Papan putih
Cara-caranya:
1. Guru menayangkan video “ABC” dan meminta murid menyanyi bersama-sama
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang huruf yang terdapat dalam video tersebut.
3. Guru menunjukkan  kota beracun dan meminta murid untuk meneka apakah yang terdapat di dalam kotak tersebut?
4. Guru mengeluarkan kad  huruf konsonan dan vokal kepada murid-murid  dan bertanya kepada murid huruf apakah yang dipegang oleh guru?
5.  Guru meminta murid untuk membentuk huruf-huruf tersebut menjadi suku kata B+A = BA 
C+A= CA
6. Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan konsonan dan kumpulan vokal. Murid-murid mesti mencari pasangan masing-masing dan membentuk suka kata terbuka 

7. Murid-murid yang dapat menemui pasangannya mestilah menampal huruf  konsonan dan vokal pada papan putih yang disediakan dan membentuk suku kata.

5. HURUF VOKAL


Bahan-bahan:
  • komputer riba
  • Lcd
  • Kad huruf vokal (a,e,i,o,u)
  • Kad bergambar (angsa,emak,itik,oren,ungu)
  • Lembaran kerja
Cara-caranya:
1. Guru menayangkan video “huruf vokal” kepada kanak-kanak. Murid-murid melihat video yang ditayangkan oleh guru.
2. Guru menayakan kepada murid huruf apa yang terdapat di dalam video tersebut. Murid menjawab pertanyaan guru tentang huruf vokal.
3.  Guru menunjukkan kad  huruf vokal (a,e,i,o,u) kepada murid-murid. Murid melihat kad huru yang ditunjukkan oleh guru.
4. Guru menampal kad bergambar yang mewakili huruf vokal tersebut pada papan putih.
5. Guru memanggil murid secara rawak dan dikehendaki menampal huruf vocal dengan kad bergambar yang mewakili huruf vocal tersebut.
6. Murid tampil ke hadapan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.
7.  Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid-murid. Murid-murid menerima lembaran kerja yang diberikan oleh guru sambil dipantau oleh guru.
8. Guru-guru memberi kata pujian kepada murid-murid sambil mengingat semula pelajaran hari ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUJUKAN

1.  https://www.google.com/search?biw=1366&bih=662&tbm=isch&sa=1&ei=gH7lWtHxBoPcvQShq67QAQ&q=lembaran+kerja&oq=lemba...