Isnin, 5 Mac 2018

MATEMATIK

DEFINISI MATEMATIK

- Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang atau dalam erti kata lain kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
- Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik.
-Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan dengan kosa kata dan bahasa yang sangat jelas untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Antara aktiviti yang terdapat dalam Matematik Awal Kanak-Kanak :

1. MENGIRA MENGGUNAKAN LEGO




Bahan-bahan:

  •  Lego
  • Kertas
  • Marker

Cara-caranya: 
1.  Tulis nombor di atas kertas.
2.   Meminta kanak-kanak untuk membina bangunan lego berdasarkan nombor yang di tulis.

2. BENTUK DAN RUANG


Bahan-bahan:
l  Carta
l  Model anak patung

Cara-caranya:
1. Kanak-kanak berkumpul di ruang pembelajaran.
2. Guru mengeluarkan carta anggota badan/anak patung.
3. Guru memperkenalkan “kiri” dan “kanan” dengan mengaitkan tangan/kaki/bahu/telinga kiri dan kanan.
4. Bermain “siapa cepat” - “angkat tangan kanan/kiri, pegang telinga kanak/kiri, angkat bahu kanan/kiri”

3. MEMADANKAN OBJEK


Bahan-bahan:
l  Kertas A4
l  Gam
l  Bunga tiruan
l  Daun tiruan

Cara-caranya;
1. Murid berkumpul di ruang pembelajaran.
2. Guru menunjukkan tiga kuntum bunga tiruan dan 3 helai daun tiruan.
3. Guru meminta murid memadankan dua kumpulan objek tersebut.
4. Guru ulangi aktiviti di atas dengan objek yang lain. Contoh: (4 biji cawan dengan 4 biji piring atau 5 batang sudu dengan 5 batang garfu)
5. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
6. Setiap kumpulan perlu mengambil 5 kuntum bunga tiruan dan 5 helai daun tiruan yang telah disediakan oleh guru.
7. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas a4 dan gam.
8. Murid diminta menampal bunga dan daun tersebut mengikut bilangan yang sama.

4. SERIASI NOMBOR


Bahan-bahan:
  • Lcd
  • Komputer riba
  • Kad nombor
  • Kad gambar
  • Lembaran kerja
  •  Sticker

Cara-caranya:
1. Guru menayangkan video “lagu 1 hingga 10” dan meminta murid-murid untuk menyanyi bersama-sama
2.  Guru bersoal jawab dengan murid-murid
3. Guru membawa murid-murid ke  tangga dan meminta murid-mmurid untuk naik tangga satu demi satu sambil mengira 1 hingga 10
3. Guru meminta murid-murid untuk beratur dalam satu barisan (10 orang) dan  murid-murid lain akan membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik
4. Guru meminta murid-murid untuk menuruni tangga sambil mengira 10 hingga 1 secara menurun
5. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid yang mempunyai aktiviti menaik dan menurun. Guru meminta murid-murid menampal sticker mengikut bilangan nombor yang diberi secara menaik dan menurun.

5 5. DAM ULAR


Bahan-bahan: 
  • Dam ular 
  • Dadu 
  • Penanda
Cara-caranya:
 1.      Kanak-kanak diminta membaling dadu terlebih dahulu untuk menentukan giliran.                                 pemain yang mendapat angka paling banyak akan memulakan permainan terlebih                                 dahulu & diikuti pemain lain. 
2.      Setiap pemain meletakkan buah di tapak MULA. 
3.       Pemain akan bergerak mengikut tapak pada Dam ular bergatung pada angka dadu yang diperoleh
4.      Sekiranya pemain berhenti di tapak tangga, pemain akan maju ke tapak seterusnya.
 5.      Jika pemain berhenti di tapak ular, pemain akan didenda & mundur ke tapak                        sebelumnya. 
6.       Pemenang ditentukan apabila pemain dapat membaling dadu & mendapat angka yang tepat untuk berhenti di tapak TAMAT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUJUKAN

1.  https://www.google.com/search?biw=1366&bih=662&tbm=isch&sa=1&ei=gH7lWtHxBoPcvQShq67QAQ&q=lembaran+kerja&oq=lemba...