Khamis, 12 April 2018

PROGRAM



12 April 2018 : Pelajar-pelajar program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah menganjurkan Program Komuniti bersama Tabika KEMAS Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun. Program yang diadakan di Tabika KEMAS Anggerik, Blok G, Bandar Al Muktafi Billah Shah telah menarik penyertaan seramai 100 kanak-kanak Tabika KEMAS bersama 113 mahasiswa  Kolej Ketengah.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan luar kepada pelajar agar bersama dengan kanak-kanak Tabika sesuai dengan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Ia juga dapat memberi pendedahan Awal kepada kanak-kanak seusia 5 dan 6 tahun untuk merasai keindahan ibadat Haji dengan mengadakan simulasi lengkap yang dibimbing Ustaz yang berpengalaman luas dalam ibadat ini. Disamping itu juga, program gotong royong membersihkan sekitar Tabika adalah satu sumbangan sosial mahasiswa kepada masyarakat.
Majlis penutup telah dirasmikan sendiri oleh Encik Emisham bin Embong iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.



11 April 2018 : Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Ketengah sesi 2017/2018 (MPP) telah mengadakan Annual Grand (AGM) Meeting bertempat di Dewan Utama Kolej Ketengah. AGM ini dihadiri seramai 130 orang mahasiswa sepenuh masa . Turut serta dalam majlis tersebut iaitu Encik  Harfizul Hardi bin Sulong sebagai Penolong Pendaftar dan beberapa kakitangan Kolej Ketengah.
Mesyuarat Agung ini diadakan sempena perletakan jawatan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 serta proses melantik Majlis Perwakilan yang baru. Saudara Muhammad Radzi Bin Zukifli sebagai Yang Dipertua telah mengetuai pembubaran MPP yang lama dan proses undian melantik MPP sesi 2018/2019 bermula. Nur Adibah bin Mat Zaki telah dilantik dengan majoriti sebagai Yang Dipertua diikuti Madihah bin Mat Ali sebagai Naib Yang Dipertua dan beberapa perlantikan jawatan yang lain. Majlis ini berakhir dengan jayanya dan berakhir tepat jam 6.00 petang.


RUJUKAN

1.  https://www.google.com/search?biw=1366&bih=662&tbm=isch&sa=1&ei=gH7lWtHxBoPcvQShq67QAQ&q=lembaran+kerja&oq=lemba...