Khamis, 8 Februari 2018

SAINS

DEFINISI SAINS

Kata sains berasal daripada bahasa Latin "scientia" yang bearti pengetahuan. Berdasarkan webster new collegiate dictionary definisi dari sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui pembelajaran dan pembuktian atau pengetahuan yang melingkupi suatu kebenaran umum dari hukum-hukum alam yang terjadi misalnya didapatkan dan dibuktikan melalui ilmiah.

Antara aktiviti-aktivitinya:

1. EKSPERIMEN COLA POP



Bahan-bahan:
Ÿ  Lcd
Ÿ  Laptop
Ÿ  Pembesar suara
Ÿ  Air berkabonat ( cola-cola )
Ÿ  Gula-gula mentos
Ÿ  Baldi

Cara-caranya:
Ÿ  Guru menayangkan video tentang eksperimen cola pop.
Ÿ  Guru memperkenalkan bahan-bahan unruk membuat eksperimen.
Ÿ  Guru membuat demostrasi tentang eksperimen tersebut.
Ÿ  Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Ÿ  Guru meminta murid melakukan eksperimen tersebut dengan bimbingan guru.

2. EKSPERIMEN MEMBUAT AISKRIM GOYANG



Bahan-bahan:
Ÿ  Lcd
Ÿ  Laptop
Ÿ  Pembesar suara
Ÿ  Aiskrim ( milo ) yang sudah dibungkus
Ÿ  Ais batu
Ÿ  Bekas
Ÿ  Garam

Cara-caranya:
1. Guru menayangkan video membuat aiskrim goyang
2. Guru memperkenalkan bahan-bahan untuk membuat aiskrim goyang
3. Guru membuat demostrasi aiskrim goyang
4. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
5.  Guru mengedarkan bahan-bahan
6.  Guru meminta murid membuat aiskrim goyang bersama di dalam kumpulan

3. EKSPERIMEN KUBIS BERWARNA-WARNI



Bahan-bahan:
l  4 helai daun kubis
l  4 gelas berisi air
l  Pewarna makanan (4 warna yang berbeza)

Cara-caranya:
1. Titik beberapa titik pewarna makanan ke dalam setiap gelas yang berisi air (1 gelas untuk satu warna)
2. Masukkan sehelai daun kubis ke dalam setiap gelas tersebut.
3. Biarkan semalaman.

4. EKSPERIMEN MENGHASILKAN GAS KARBON DIOKSIDA



Bahan-bahan:
l  1 botol mineral kosong
l  3 sudu besar cuka
l  2 sudu kecil soda bikarbonat
l  Sehelai belon
l  Satu corong untuk masukkan soda ke dalam belon

Cara-caranya:
1. Masukkan cuka ke dalam air botol mineral.
2. Kemudian, masukkan pula soda bikarbonat ke dalam belon dengan menggunakan corong.
3. Selepas itu, letakkan hujung belon ke mulut botol mineral.
4. Perlahan-lahan tegakkan belon agar semua soda bikarbonat jatuh ke dalam botol air mineral yang berisi cuka tersebut.
5. Sebaik sahaja soda bercampur dengan cuka, sedikit bunyi mersik akan mula terhasil dan menyebabkan belonyang berada pada muncung botol mula menegak perlahan-lahan.

5. EKSPERIMEN MEMBUAT SLIME





Bahan-bahan:
l  Air panas
l  1 botol soda bikarbonat (untuk satu bancuhan)
l  Satu botol kecil gam
l  Pewarna makanan

Cara-caranya:
1. Sediakan dua bekas.
2. Masukkan soda bikarbonat dan air panas ke dalam bekas A dan kacau.
3. Masukkan gam dan sedikit pewarna makanan ke dalam bekas B pula dan kacau sehingga sebati.
4. Selepas itu, masukkan campuran bekas A ke dalam campuran bekas B.
5. Kacau sehingga slime terhasil.


RUJUKAN

1.  https://www.google.com/search?biw=1366&bih=662&tbm=isch&sa=1&ei=gH7lWtHxBoPcvQShq67QAQ&q=lembaran+kerja&oq=lemba...